Curiga inai celup sah wuduk atau tidak? Ustazah Asma’ beri penjelasan padat

Curiga inai celup sah wuduk atau tidak? Ustazah Asma’ beri penjelasan padat

 

 

 

 

 

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan inai telah menjadi perbalahan netizen di media sosial. Pelbagai lambakan jenama inai segera di pasaran membuatkan para pengguna mulai mengeluarkan pendapat masing-masing termasuklah berkaitan sah ataupun tidak wuduk seseorang jika menggunakan inai yang mungkin ada daripadanya dihasilkan daripada bahan yang tidak telap air.

Susulan daripada itu, ramai meminta pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun untuk mengulas isu tersebut bagi memberi pencerahan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Penjelasan padat dari pendakwah bebas
Terpanggil untuk memberikan bantuan serta penjelasan, Ustazah Asma’ telah menulis panjang lebar di akaun Facebooknya dengan menghuraikan serba mudah berkenaan inai ini merujuk kepada posting yang pernah dikeluarkan laman sesawang Mufti Perak dan juga Pulau Pinang.

 

Soalan adakan inai celup yang dipakai kalis air ataupun tidak?

Hiasan kecantikan adalah fitrah wanita

Kehalalan produk perlu dilihat dari ramuannya

Jika masih ada kesan (selaput) maknanya inai tersebut kalis air

Wuduk & mandi wajib tak sah kerana inai kalis air

Melalui penjelasan tersebut, ibadah seperti solat tidak sah memandangkan wuduk dan mandi wajib tidak sempurna kerana air tidak melalui keseluruhan kuku kerana inai kalis air.

Hal ini disebabkan rukun-rukun wuduk yang wajib dipatuhi ialah membasuh kedua belah tangan meliputi siku. Jadi, ia termasuk dalam perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan basuhan yang sah dan sempurna.

Tak hanya itu, sewaktu wuduk juga perlu dipastikan tiada sebarang objek atau bahan yang boleh menghalang air untuk sampai ke seluruh bahagian kulit tangan termasuk celah-celah jari dan kuku.

Ibadah tetap tidak sah setelah pakai iani kalis air

Hati2 dan teliti dahulu produk yang ingin digunakan

Justeru itu, di akhir penulisan panjang lebar pendakwah tersebut, beliau berdoa agar kita terus diberikan ilmu dan kefahaman yang baik dalam melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T.

“Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.” tulisnya.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun