Cuba Lumur Guna Bahan Ini Sahaja Agar Ayam Dalam Tempat Beku Selalu Lebam & Kuning

Cuba Lumur Guna Bahan Ini Sahaja Agar Ayam Dalam Tempat Beku Selalu Lebam & Kuning

Kalau dah letakkan ayam di tempat beku, pasti isi ayam akan bertukar lebam dan kekuningan. Antara cara untuk isi ayam segar kembali kemerahan adalah anda kena lumur dengan satu bahan ‘rahsia’ ini.

Menurut perkongsian Rohaida Ieda di laman Facebooknya, tips tersebut memang berkesan dan jimat. Kalau nak tahu macam mana, baca artikel ini sampai habis.

Harga ayam masih kekal sejak Oktober tahun lalu'

Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar adalah:

1. Ambil sedikit garam dan lumurkan pada ayam yang telah dicuci bersih.

2. Kemudian biarkan selama sehingga 5 minit.

3. Cuci seperti biasa sehingga bersih dan isi ayam akan kembali kemerahan segar.

Selain itu, cara ini juga boleh digunakan untuk ikan supaya kekal segar.

Antara tips untuk memilih ayam segar adalah:

  • Jangan pilih ayam berwarna pucat dan kekuningan
  • Beli ayam yang baru disembelih
  • Ayam tidak segar tidak mempunyai darah yang banyak
  • Ayam lama berbau busuk dan hanyir
  • Kalau banyak lalat hinggap pada ayam, itu tandanya busuk
  • Jangan beli sekirnya isi ayam lembik

Memang mudah dan selamat mencuba!