Cuak tengah belajar tiba-tiba telefon bergerak sendiri, “Aduh penat gelak”

Sejak bermulanya PKP sekali lagi anak-anak kembali belajar dari rumah. Medium pembelajaran secara dalam talian digunakan untuk mengelakkan dari anak-anak ketinggalan dalam pelajaran pendidikan. Sedar atau pun tidak, sudah memasuki tahun kedua keadaan penularan virus Covid-19 ini ditahap membimbangkan.
Sejak itu juga dapat dilihat pelbagai ragam anak-anak ketika proses pembelajaran dalam talian ini berlangsung. Salah satunya adalah video yang menjadi perhatian ramai di sosial media kini.
Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang budak sedang belajar sambil telefon berada di depannya. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila telefon itu tiba-tiba bergerak sendiri membuatkan anak kecil ini ketakutan.
Berikut adalah rakaman budak cuak tengah belajar telefon bergerak sendiri yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun jue_young:
@jue_young Reply to @izzxmmxr kisahnya dia konon buat kerja sekolah ada kawan2 tiru.. konon dia berlakon.. sis anggap dia lepaskan stress pdpr. Hrp xde kecam❤️🌸
Lah, dah macam mana boleh jadi macam itu? Apa-apa pun reaksi anak kecil ini memang win habis! Perkongsian rakaman budak cuak tengah belajar telefon bergerak sendiri ini telah meraih lebih 70 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan telatah anak kecil ini di ruangan komen seperti berikut:
“Hooo debor2 telefon gerok diri orr…Klako mu dik”
“Hahaha…Weh lucuuuu. Banyak kali tengok banyak kali tu la aku gelak…”
“Hahaha molek dia celik mata tuh. Macam orang tengah panik betul”