Cristian Ronaldo ‘raja’ media sosial, punyai 465 juta follower

Cristiano Ronaldo merekodkan pengikut media sosial paling ramai mengatasi pemain bola sepak terkenal dunia lain.

Bintang Portugal berusia 35 tahun itu mempunyai lebih 200 juta pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram.

Ronaldo yang juga penyerang Juventus muncul di 124 juta ciapan Facebook, 90 juta paparan pengguna Twitter dan gambarnya digunakan 251 juta pelayar di Instagram.

Selain akaun Instagram peribadi dengan 382 juta pengikut, laman sosial Ronaldo paling banyak diikuti di dunia – mengatasi individu terkenal yang lain seperti Ariana Grande dan Dwayne ‘The Rock’ Johnson di tempat teratas.

Ini bermaksud secara keseluruhan Ronaldo mempunyai 465 juta pengikut di media sosial.

Pesaing hebatnya, Lionel Messi di belakang dengan 265 juta pengikut termasuk 90 juta di Facebook dan 175 juta di Instagram.

Bagaimanapun, jurang perbezaan pengikut akan lebih dekat dari 200 juta sekiranya Messi memiliki Twitter, dengan nisbah menunjukkan bahawa pemain Argentina itu akan memiliki sekitar 65 juta pengikut.

Messi mengatasi bekas rakan sepasukannya, Neymar untuk berada di kedudukan kedua carta pemain bola sepak yang memiliki pengikut media sosial paling ramai.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu memiliki 254 juta pengikut termasuk 144 juta di Instagram.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/01/774354/ronaldo-raja-media-sosial-miliki-465-juta-pengikut?fbclid=IwAR10_BGOla5mxuuVH00IxDFlC5_Tk9RLF9E_BFi7r-rIhXQdbih9VZfQDsA