Comel tapi menyeramkan, Ulat memiliki corak seakan-akan tengkorak bermata

Comel tapi menyeramkan, Ulat memiliki corak seakan-akan tengkorak bermata

Spesi ulat yang jarang ditemui dilaporkan mempunyai mekanisme pertahanan yang unik apabila diganggu. Ia akan melengkung ke belakang untuk menampakkan sepasang ‘mata besar’ yang menakutkan dan menunjukkan barisan “giginya” yang panjang.

The pink underwing moth ini merupakan serangga unik dan misteri yang dijumpai di New South Wales melalui Queensland dan New Guinea. Selain itu, ulat ini dikataka, memakan buah yang busuk dan tidak tertarik dengan cahaya.

 

Nama ulat ini diinspirasikan oleh batang merah jambu yang terang dibahagian bawah belakangnya yang tersembunyi. Penyelidik percaya ia bertindak sebagai alat pertahanan.

Teorinya adalah kerana paparan warna muncul secara tiba-tiba mampu mengejutkan pemangsa hingga ia mampu melarikan diri.

 

 

Ulat ini berwarna coklat pudar saat “bayi”, yang berfungsi mengaburkan mata pemangsa. Sewaktu membesar,  dua bintik gelap yang dikelilingi garis kuning terang dan “matanya” melalui mengembang serta dua baris garis putih membentuk “giginya”.

sumber: Oddity Central