“Comel sangattt”, Mata bulat si bulus tunggu turn urutan buat ramai ‘geram’

“Comel sangattt”, Mata bulat si bulus tunggu turn urutan buat ramai ‘geram’

Telatah kucing atau si bulus semakin hari sangat menghiburkan pengguna media sosial, mana tidaknya ramai dapat menonton dan turut sama terhibur apabila kini media sosial tidak lagi terhad untuk berkongsikan foto peribadi sahaja bagi dikongsikan kepada rakan-rakan.

Tetapi anda lihat sahajalah, media sosial mahupun aplikasi TikTok semakin mendapat perhatian di kebanyakan negara apabila ia dapat digunakan untuk berkongsikan ilmu atau kisah-kisah lucu yang terjadi pada diri sendiri.

Malah tak kurang lucunya juga apabila turut terdapat telatah si bulus yang menghiburkan kerana melakukan hal-hal yang tidak dapat dijangka oleh sesiapa sahaja.

Seperti mana yang dapat disaksikan perkongsian di TikTok ini oleh seorang individu yang memuat naik telatah si bulus mata bulat yang mengundang ramai netizen ‘geram’ menyaksikan kecomelannya.

IMG_20211017_101612

Si bulus mata bulat ini difahamkan sedang menunggu giliran untuk diurut selepas seekor kucing lain dihadapannya sedang syok dilayan oleh seseorang bersama mesin mengurut.

@ttsally0

When is my turn…#pet #cat #lovely #cute #funny #fyp

♬ original sound – ttsally0

Namun begitu, reaksinya yang comel menunggu gilirannya pula mengundang ramai tidak dapat menahan ketawa mereka lalu perkongsian di ruangan TikTok itu bersama satu rakaman video meraih ratusan komen.

“Hahaha muka terkejut tu haha, cemas pulak tu. Jangan lari sudah”

BulusIMG_20211017_101652

“Cuteee”

IMG_20211017_101723

“Sangat comel”

Bulus