“Cium molot weh!” Baby Shima nafi tuduhan lakon babak bercium dengan Azrel Ismail

“Cium molot weh!” Baby Shima nafi tuduhan lakon babak bercium dengan Azrel Ismail

Setiap yang dilakukan oleh penyanyi dangdut dan pelakon, Baby Shima ada sahaja yang tidak kena di mata segelintir warganet terutama penampilan dan ‘aksi gelek’ yang dikongsikan di media sosial.

Belum reda dengan isu tidak berpuas hati dengan sikap golongan pendakwah ‘lepas tangan’ ulas amang seksual seorang Pencetus Ummah (PU), kini nama penyanyi berusia 30 tahun kembali menjadi bualan.

Netizen tuduh Baby Shima cium Azrel Ismail?

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, penyanyi itu memuat naik tangkap layar menunjukkan mesej yang diterimanya dari segelintir.

Dalam tangkap layar tersebut, mereka mempersoalkan adakah dia melakonkan babak bercium dengan aktor, Azrel Ismail dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Biko.

Baby Shima nafi tuduhan tak berasas!

Tidak berdiam diri, penyanyi Baby Shima menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia bercium bersama Azrel Ismail dalam filem terbaharu lakonannya iaitu filem Biko.

Shima berkata, segala bukti semuanya terdapat dalam filem berkenaan dan dia sudah tidak tahu mahu menerangkan dengan lebih lanjut.

“Shima tak tau nak cakap apa lagi, ramai orang DM Shima cakap fasal ni.
“Bukti ada je kat dalam filem tu!!! Kat pawagam, besar lagi screen korang boleh tengok lebih jelas,”ujar Shima yang memegang watak sebagai Sara.

Dalam masa sama, pemilik nama Nor Ashima Ramli  memberitahu dia tidak kisah sekiranya mahu menyaman individu berkenaan atas tuduhan isu ‘cium’ tersebut.

“Kalau tu pun tak nampak, memang korang saja je nak kena kan Shima kan!!”
“Kalau nak saman, boleh je,”tulis Shima di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Sekadar info, filem Bilo memaparkan kisah kekeluargaan arahan Teng Bee dan telah mula ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober lalu. Selain Baby Shima, terdapat juga lakonan mantap Azrel Ismail, Sara Ali, Josiah Hogan dan Syed Irfan.

Sumber: Instagram @babyshimaofficial