‘Cikgu prihantin’ tolong gunting & bersih rambut murid penuh kutu

‘Cikgu prihantin’ tolong gunting & bersih rambut murid penuh kutu

Viral di media sosial rakaman menunjukkan cikgu di Indonesia menggunting dan menyikat rambut seorang pelajarnya yang dipenuhi kutu.

Dalam perkongsian itu, cikgu menyatakan bahawa tugasnya bukan hanya mengajar bahkan menjaga kesihatan dan kebersihan para pelajarnya.

 

@zeraazzahra

Semangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗

♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

 

Menurut cikgu, dia perasan pelajar itu kerap menggaru kepala saatnya mengajar. Kemudian seorang pelajar lain memberitahu ada kutu yang berjalan di tudung pelajar itu.

Kesihatan dan kebersihan kepala anak sekolah itu penting sekali agar mereka bisa bersemangat sekolah dan bisa mengikuti pelajaran dengan baik pula.

Cikgu dengan segera memeriksa pelajar dan mendapati banyak sangat kutu beserta telur-telurnya.

Kata pelajar ini, ibunya tahu mengenai kutu di kepalanya tetapi ibu terlalu sibuk bekerja dan tiada masa menguruskan anak-anak. Alahai kesiannya..

Saya tanyain terus, nak apa ibumu tahu kalau kamu sampai kayak gini?

“Tahu bu tapi ibu repot kerja terus,” jawab pelajar itu.

Kalau korang tengok, memang banyak sangat kutu yang jatuh masa cikgu sikatkan rambut. Fuh memang automatik gatal rasa kepala ni.

Kredit: TikTok @zeraazzahra