Chef Wan minta henti hantar ‘sampah’ tentang Serina

Chef Wan minta henti hantar ‘sampah’ tentang Serina

Selepas kontroversi pernikahan Serina dengan seorang pegawai polis, kali ini chef selebriti Chef Wan mendedahkan dia menerima pelbagai berita yang tidak menyenangkan berkaitan anak perempuannya itu.

Kata Chef Wan, kira-kira sebulan lalu, ada seorang mendakwa Serina terbabit dengan kartel dadah.

Justeru, dia berharap berita palsu membabitkan Serina itu dihentikan dengan segera.

“Seminggu ni saya asyik menerima macam-macam berita palsu berunsur fitnah konon Rina (Serina) terlibat dengan kartel dadah siap dengan gambar polis dan segala cerita.

“Berhentilah menghantar bahan fitnah sebegini. Saya sudah memfailkan laporan polis supaya mereka menutup mulut dan kebodohannya.

“Dia menyebarkan semua berita palsu menggunakan gambar lama Serina dari media sosial.

“Dia dah buat laporan polis. Jika betul, dah lama berita ni keluar dalam surat khabar. Semua ni sampah. Dia (Serina) tahu siapa yang buat ni semua dan akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, Chef Wan turut menunjukkan salinan laporan polis yang telah dibuat anaknya.

Chef Wan atau nama penuhnya Redzuawan Ismail pada masa sama mendesak agar tiada lagi sesiapa cuba meracun fikirannya dengan kata-kata fitnah.

“Tolong jangan racun fikiran saya dengan semua sampah. Memfitnah orang sangat bahaya. Dapat pula manusia yang suka melihat kesusahan orang lain.

“Apakah orang itu tak takut hukuman Allah. Orang puasa, solat limat waktu, pergi tarawih tapi hati tu busuk menyebarkan fitnah sebegini,” katanya.