Che Puan Khaleeda bawa adik Bella ke Legoland

Che Puan Khaleeda bawa adik Bella ke Legoland

 

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berjumpa dengan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella di Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland), Johor Bahru hari ini.

Che’ Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di laman Instagramnya berkata, ia merupakan satu penghormatan besar dapat bertemu Bella bersama rakan-rakannya.

“Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya.

“Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Che’ Puan Besar Khaleeda pernah memaklumkan sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya selepas remaja itu didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi