Cemburu, syak curang, suami tikam 25 kali sampai mati

Cemburu, syak curang, suami tikam 25 kali sampai mati

Foto: India Times

Angkara cemburu, seorang lelaki bergelar suami tergamak menikam isterinya di sebuah pasar. Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku di India pada Sabtu lalu.

Cemburu, syak isteri ada hubungan sulit

 

Foto: India Times

Memetik laporan Thetatvaindia, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga dan suspek dikatakan kurang suka dengan pekerjaan isterinya yang berkhidmat di hospital. Oleh itu, dia meminta isterinya, Nelu Mehta untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi isterinya itu enggan menuruti permintaan tersebut.

Hal ini secara tidak langsung telah mencetuskan perselisihan faham antara mereka. Mangsa kemudian telah meninggalkan suaminya sendirian dan bermalam di rumah ibu bapanya di kampung. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila suspek mengesayki isterinya yang berusia 26 tahun itu mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain. Hal ini membuatkan suspek semakin berang dan nekad mahu mengakhiri hidup isterinya itu.

Tikam 25 kali

Sekadar gambar hiasan

Semasa isteri pulang dari kerja, si suami telah bertindak diluar kawalan dengan menikam mangsa sebanyak 25 kali di hadapan orang ramai di sebuah pasar di India. Tetapi malangnya, kesemua mereka yang berada di lokasi kejadian tidak berani untuk menghalang dan masuk campur urusan rumah tangga pasangan ini.

Hal ini kerana suspek telah memberi ‘amaran’ kepada orang awam supaya jangan sesekali cuba untuk menyelamatkan mangsa. Oleh itu, mereka hanya mampu melihat dan merakam perbuatan kejam tersebut. Sementara itu, pihak polis memaklumkan bahawa mereka sudah menahan suspek untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: ThetatvaindiaIndia Times