Celoteh Si Cilik di dalam kereta ini curi perhatian, “pandainya dia”

Celoteh Si Cilik di dalam kereta ini curi perhatian, “pandainya dia”

Mempunyai anak kecil dalam sesebuah keluarga menjadikan suasana di rumah agak riuh dengan telatah mereka. Masih di awal usia, makanya gelagat mereka juga sangat bersahaja dan tidak dibuat-buat.

Malah jika anak-anak kecil ini petah berkata-kata juga membuatkan hati tercuit dengan gelagat mereka ini. Terbaharu, satu rakaman yang memaparkan celoteh si cilik di dalam kereta ini telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian video itu, kelihatan anak kecil yang dikenali dengan panggilan Yaya memegang telefon sambil berceloteh. Anak kecil ini sememangnya popular dengan keletahnya yang bijak bercakap dengan menggunakan loghat utara.

Dalam video ini Yaya memberitahu dia mahu ke rumah Tokma. Malah sempat si cilik ini berceloteh dengan bapanya yang dipanggil abi. Berikut adalah perkongsian rakaman celoteh si cilik di dalam kereta ini yang telah mencuri perhatian ramai:

@yaya_translator

Hello guys ! Yaya nak pi rumah tokma ni ☺️ #areesafamily

♬ original sound – YayaTranslator – YayaTranslator

Comel dan bijak sungguh si Yaya ini ya! Perkongsian rakaman telatah celoteh si cilik di dalam kereta ini telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 181 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha kena marah tak tahan tu. Sian abi”

celoteh si cilik 3

“Ya Allah pandai nya dia. Mama pon teringin nak ada anak girl”

celoteh si cilik 2

“Ish comey laa dak Yaya ni”

celoteh si cilik 1