“Cari wanita akhlak baik..” – Ustaz pesan Shuib berhubung ibu susuan Ayash Affan

“Cari wanita akhlak baik..” – Ustaz pesan Shuib berhubung ibu susuan Ayash Affan

Pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim menasihati beberapa perkara terhadap Shuib berkenaan pemilihan susu ibu untuk bayi pelawak itu yang dilahirkan pramatang pada 6 Ogos lalu.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau berpesan supaya Shuib perlu mengambil faktor akhlak dan memilih wanita yang bersedia lebih awal bagi memberikan susu kepada bayi tersebut, Ayash Affan.

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik. Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.
“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” kata Haslin pada Rabu.

 

Tambah beliau, Shuib yang juga usahawan produk minuman juga perlu mengambil berat soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan.

Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mengakui ramai wanita menyatakan hasrat untuk menjadi ibu susuan anak keempatnya itu.

Terdahulu, isterinya Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada Isnin lalu selepas melahirkan bayi tersebut melalui kaedah pembedahan.

Sumber: Malaysiakini (Nadia Azam)