‘Caramel Macchiato’ trending gara-gara anak tak dapat belikan Najib Starbucks teringatkan bapa di penjara

‘Caramel Macchiato’ trending gara-gara anak tak dapat belikan Najib Starbucks teringatkan bapa di penjara

Sejak Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara Selasa lalu selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan kes SRC International, ramai yang mula mengikuti anak perempuannya Yana bagi mendapat perkembangan terbaru mengenai bekas perdana menteri itu.

Semalam, Yana telah memuat naik luahannya di Instagram Story mengenai Najib. Menurut Yana, dia teringat akan bapanya di penjara semasa membeli barangan runcit.

“Teringat Bossku kat penjara sana makan apa?”

(Saya) perlu beli barang-barang runcit tadi… Tapi tak sanggup nak beli barang-barang yang biasa kami beli sebab rasa bersalah sangat… Selalu teringat Bossku kat penjara sana makan apa?

Harini pun tak sanggup nak order Starbucks sebab Yana tahu Bossku mesti rindu Caramel Macchiato dia.

Kalau sesiapa yang kenal Bossku, korang mesti tahu yang dia memang suka makan. Dan sebagai anak, saya rindu dan belikan makanan untuk dia. Saya doa saya akan dapat rasa pengalaman itu sekali lagi.”

Fbuoy06Vqaeg6R0

Caramel Macchiato trending?

Gara-gara luahan Yana ini, ramai netizen telah mengkritik anak perempuan Najib ini sehinggakan perkataan ‘caramel macchiato’ trending di Twitter.

Screenshot 2022 08 30 At 11.38.40 Am Down

Malah bukan itu sahaja, ada yang sampai beli caramel macchiato gara-gara posting Yana ni semalam! Wow melonjak sales Starbucks harini ya…