Cara untuk elak penumpang lain duduk di sebelahnya bikin ramai ketawa
Jarak fizikal antara manusia adalah salah satu perkara penting dalam interaksi sosial di mana kita perlu mematuhi peraturan apabila berinteraksi dengan individu-individu tertentu.
Contohnya dengan ahli keluarga kita boleh berinteraksi dalam jarak intim, manakala dengan rakan-rakan kita menggunakan jarak peribadi, jarak sosial dengan kenalan kurang rapat dan jarak awam dengan orang tidak dikenali.
Namun dalam zaman moden sekarang, peraturan ini tidak lagi dapat diamalkan memandangkan kawasan bandar yang sibuk memaksa orang ramai untuk memasuki jarak intim masing-masing seperti berhimpit di dalam kenderaan awam.
Namun seorang lelaki ini berkongsikan cara yang lucu untuk menghalang penumpang lain untuk duduk di sebelahnya.
@overtime GENIUS MOVE – You never want someone to sit next to you 🤣 #funny #smart #lifehacks #prank #shoutoutot
Dalam video yang telah meraih lebih 5 juta tontonan di TikTok, lelaki berkenaan duduk di dalam bas dan tempat duduk di sebelahnya masih kosong.
Dia kemudian mengajak penumpang yang baru masuk untuk duduk di sebelahnya dengan menepuk kerusi tersebut dan memberikan senyuman lebar.
Tindakannya yang luar biasa itu membuat semua penumpang jadi berwaspada dengannya dan tidak ingin duduk di tempat duduk tersebut.
Cara digunakan lelaki berkenaan membuat ramai terhibur dengan helah lucunya itu, namun ramai yang percaya bahawa cara tersebut hanya akan berkesan untuk orang lelaki.