Cara tanam sendiri pokok petai yang betul, tumbuh subur, isi gemuk berbuah lebat

Cara tanam sendiri pokok petai yang betul, tumbuh subur, isi gemuk berbuah lebat

 

SEBUT sahaja petai, pasti anda terbayangkan harganya yang mahal selain sedap dimakan.

Bagi mereka yang menanamnya, harga yang ditawarkan itu setimpal dengan kesusahan yang dialami kerana pokok petai kebiasaannya tumbuh tinggi.

Usaha untuk memetik buahnya juga sukar kerana memerlukan seseorang yang berkemahiran memanjat pokok.

Namun jika anda peminat tegar ulam berkhasiat ini, bolehlah cuba menanamnya sendiri dan menikmati hasil yang banyak tanpa perlu banyak berbelanja.

Ini beberapa tip perkongsian Mayour Garage yang boleh dilakukan untuk mendapat petai dengan isi besar.

1. Semasa pokok masih kecil, buang pucuk bahagian atas dengan kaedah memulas.

2. Tanam setiap pokok dengan jarak yang sesuai supaya pokok tidak ‘berebut’ nutrien dan saling ‘berlawan’ ketinggian.

3. Gunakan baja buah supaya buah yang terhasil lebih besar.

Jika bunga petai sering gugur dan sukar menjadi buah, cubalah bakar sampah berhampirannya supaya asap boleh terkena pokok petai.

Apabila rajin bakar sampah berhampiran pokok buah, serangga perosak mahupun ulat tidak dapat mendiami pokok tersebut.

Malah batang pokok dan dahan akan menjadi lebih kukuh dan kuat.

Tak perlu ikat pakaian lama pada batang untuk lihat pokok petai berbuah ya!