Cara keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad Maybank anda, mudah je!

Cara keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad Maybank anda, mudah je!

“Alamak, kad tertinggal. Macam mana nak withdraw duit ni..”

Tahukah anda bahawa sekarang anda dah boleh keluarkan duit di ATM Maybank tanpa menggunakan kad? Sangat berguna jika berlaku kecemasan terutamanya jika anda tertinggal dompet di rumah. Inilah yang dinamakan sebegai cardless withdrawal.

Jadinya, kita tidak perlulah panik sekiranya terlupa membawa kad debit ketika berada di luar rumah, sebaliknya boleh menggunakan handphone sahaja untuk keluarkan duit. Mari kami kongsikan caranya dengan lebih lanjut.

CARA KELUARKAN DUIT DI MESIN ATM TANPA GUNA KAD MAYBANK

ATM Maybank ni memang sengaja bagi kita takde alasan withdraw duit kalau tertinggal kad ATM sebab takde kad bank pun boleh keluarkan duit. Yang penting kena ada smartphone & ATM Maybank depan korang.

1. Buka aplikasi Maybank2u di telefon bimbit dan pilih cardless ATM Withdrawal.

2. Kemudian masukkan butiran seperti nombor telefon dan nama anda. Klik Continue.

3. Masukkan nilai yang anda ingin keluarkan sama ada RM100, RM200 atau RM300 sahaja.

4. Pastikan butiran dipaparkan itu betul dan tepat. Klik Agree & Request TAC. Masukkan nombor TAC tersebut.

5. Sampai di mesin ATM Maybank, anda klik pada skrin mesin tersebut dan pilih Pengeluaran Tanpa Kad > klik Teruskan.

6. Masukkan dua kod ID yang telah diberi sebentar tadi melalui SMS. Kod ID pertama panjang sekitar 16 atau 17 digit dan kod ID kedua adalah 6 digit.

Siap! Senang kan? Tak perlu risau kalau kad tertinggal, guna sahaja cara ini. Selamat mencuba.