Cara betul untuk atasi masalah gigi sensitif yang ramai tak tahu

Cara betul untuk atasi masalah gigi sensitif yang ramai tak tahu

 

Masalah gigi sensitif merupakan salah satu masalah dental yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mengikut kajian, masalah gigi sensitif dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah faktor alami.

Oleh itu, jom kenali punca berlakunya masalah gigi sensitif dan cara mengatasinya agar masalah tersebut tidak membelenggu hari-hari korang.

Penjagaan mulut memainkan peranan yang penting apatah lagi penjagaan gigi.

Jika korang tak menjaga kesihatan mulut dengan baik, gusi dan gigi akan jadi lebih sensitif.

Kalau boleh, cuci gigi 6 bulan sekali bagi memastikan karang gigi tidak menebal sehingga boleh meninggalkan rasa tidak selesa pada gusi dan gigi.

Lagi satu, karang gigi boleh menyebabkan penyusutan gusi dan situasi ini boleh mendedahkan bahagian atas gigi terdedah sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada gigi.

Selain itu, sesetengah individu dilahirkan dengan gigi yang lebih sensitif daripada yang lain kerana enamel yang dimiliki oleh gigi mereka lebih nipis.

Enamel adalah pelindung gigi. Korang perlu tahu, enamel gigi boleh menjadi haus jika korang memberus gigi terlalu kerap, memberus menggunakan berus gigi yang kasar atau kerap mengambil makanan berasid.

Inilah salah satu punca berlakunya masalah gigi sensitif.

Jika korang mengalami penyakit Refluks Gastroesophageal (GERD), korang memiliki kemungkinan yang tinggi untuk menghidapi masalah gigi sensitif.

Hal ini kerana, asid refluks dari perut dan esofagus boleh menyebabkan kerosakan kepada gigi dari semasa ke semasa.

Asid boleh merosakkan enamel dalam masa yang sama akan menyebabkan gastroparesis dan bulimia iaitu gejala muntah dengan kerap.

Pereputan gigi, gigi patah dan gigi sumbing boleh mendedahkan dentin dan menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa pada gigi.

Jika ini berlaku, korang akan rasa sakit dan tidak selesa pada kawasan tertentu di dalam mulut.

Oleh itu, jumpa doktor gigi dan dapatkan nasihat dan rawatan.

Rawatan pergigian seperti tampalan, crowning atau pemutihan gigi juga boleh menjadikan gigi korang sensitif seketika.

Sensitiviti ini terhad kepada satu gigi atau di kawasan sekeliling gigi yang telah mendapat rawatan pergigian. Rasa tidak selesa ini akan hilang selepas beberapa hari.

Jika tidak, korang perlu la jumpa dengan doktor gigi korang untuk pastikan keadaan gigi tersebut.

Konklusinya, cukup la berus gigi 2 kali sehari. Memberus gigi dengan terlalu kerap juga boleh menyebabkan masalah gigi sensitif.

Pilih berus gigi yang lembut serta kurangkan pengambilan makanan berasid. Paling penting, jumpa doktor gigi untuk dapatkan nasihat mengenai masalah kesihatan mulut dan gigi korang secara berkala.