Caprice enggan komen pasal Sharifah Sakinah, sibuk tulis saman

Caprice enggan komen pasal Sharifah Sakinah, sibuk tulis saman

 

Penyanyi rap, Caprice enggan menuruti permintaan netizen yang memintanya untuk mengulas isu berkaitan Sharifah Sakinah dan suaminya.

Menerusi hantaran terbaharu penyanyi rap sensasi di laman Instagram miliknya menyatakan beliau enggan mengulas dan campur tangan dengan isu konflik penceraian yang melibatkan Sharifah Sakinah dan suaminya.

Dia menjelaskan di ruangan kapsyen bahawa beliau sedang sibuk menulis surat saman.

“Sorry (maaf) gang, tengah sibuk tulis saman,” tulisnya sebagai kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminatnya dan juga netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan komen. Terdapat juga netizen yang mengusik Caprice dengan komen-komen yang lawak.

“Cap isu kucing berak depan rumah ni macam mana? Kita sakit hati,” komen seorang netizen.

“Ini bukan Caprice yang kita kenal ni,” tulis seorang netizen lagi.

“Bukan peguam ke yang kena tulis surat saman tu? Caprice dah jadi peguam juga ke tulis surat saman sendiri? Serba boleh sungguh Cap ni,” komen netizen yang lainnya.

Untuk rekod, Caprice cukup terkenal dengan mengulas dan memperjuangkan isu-isu hangat yang tular di media sosial dan terbaharu beliau dipercayai akan mengambil tindakan saman kepada Mydin kerana menggunakan namanya sebagai jenaka. – KOSMO! ONLINE.