‘Cakaplah dengan cara lebih beradab’ – Shiha Zikir kecewa layanan masa vaksin, tak boleh rakam video?
Umum tahu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk merakam video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19.
Boleh rakam ke tak?
Bagaimanapun, lain pula cerita dari penyanyi dan pelakon Shiha Zikir, 34, yang mendakwa telah dihalang oleh petugas kesihatan untuk merakam video ketika mendapatkan suntikan di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Keliru lah! Harap dengar dan fahami betul-betul sebelum komen. Pasal ambil video ni Shiha keliru sebab menteri dah cakap ‘boleh’ tapi kenapa ada juga doktor yang cakap ‘no’?
Yang paling penting, cakaplah dengan cara yang lebih beradab. Dia (petugas kesihatan) cakap saya hanya boleh tengok, okey saya ikut. Tapi saya tak boleh terima perangai biadab.
Faham petugas keletihan
Pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir menyatakan rakaman yang dibuat bukan untuk mencari kesalahan kerana rata-rata netizen faham dengan keadaan petugas kesihatan yang sudah keletihan.
Dan pasal ambik video ni pun sekurangnya membantu kalau ada masalah apa-apa. Jangan terus tak bagi ambil video sebab tak suka viral. If benda betul, kenapa pula nak viral.
Netizen-netizen semua pun faham, doktor dan jururawat pasti letih sebab tu kadang-kadang ada juga yang tak tervaksin. Cuma bila ada video sekurang-kurangnya ada bukti dan boleh la ambil semula vaksin.
Kan lebih selamat untuk semua orang. Dan tak semua orang yang penakut jarum, berani tau nak tengok waktu tengah suntik tu. Sebab itu ada yang lebih selesa rakam dan pandang tempat lain. Tapi Alhamdulillah Shiha jenis tak takut jarum,
Sebar aura positif
Tegas pelantun lagu AEWO, perkongsian video tersebut boleh memberi semangat kepada individu yang belum terima vaksin untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Sebagai public figure (tokoh masyarakat) dan walau sesiapa pun, kalau kongsi video pasal vaksin, sekurangnya dapat sebarkan positif untuk orang yang takut nak ambik vaksin supaya tak takut dan berminat nak ambik vaksin.
Macam video Shiha waktu first dose haritu, Shiha tak sangka yang dapat tarik minat beberapa orang untuk daftar vaksin sebab tengok video tu,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Abang Sado Kau Ado mendedahkan dia sudah menerima permohonan maaf daripada wakil petugas kesihatan sebelum beredar dari ruang tersebut.
Sumber: Instagram @shihazikir