Cahaya jalur gemilang menghiasi bangunan tertinggi dunia Burj Khalifah sempena Merdeka

Cahaya jalur gemilang menghiasi bangunan tertinggi dunia Burj Khalifah sempena Merdeka

 

Seperti yang semua tahu, semalam merupakan tarikh keramat iaitu Hari Kemerdekaan buat Malaysia untuk kali yang ke-65 telah disambut dengan meriah gilang-gemilang di beberapa lokasi dataran di seluruh Malaysia.

Banyak video-video momen semasa sambutan tersebar dikongsikan oleh orang awam dengan pelbagai ragam yang lucu, sebak dan sebagainya. Salah satunya adalah video abang bomba keluar dari perbarisan untuk salam dengan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Selain itu, antara video yang dapat mencuri perhatian orang awam adalah video yang menunjukkan mercu tanda Dubai, Emiriah Arab turut mencahaya kan Jalur Gemilang pada Burj Khalifa sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kali yang ke-65, semalam.

“Jalur Gemilang menghiasi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa,” tulis pemilik Tik Tok Istana Negara menerusi video tersebut.

Selain di cahayai dengan Jalur Gemilang, lagu Negaraku yang merupakan lagu kebangsaan Malaysia juga turut berkumandang di sana. Menjadi saksi bendera kebanggaan Malaysia berkibar dan dendangan lagu negaraku di sebuah menara yang juga merupakan mercu tanda tertinggi di dunia merupakan satu penghormatan buat Malaysia.

 

@istananegaraofficial

Burj Khalifa, antara bangunan mercu tanda di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dicahayai dengan Jalur Gemilang semalam sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65. Lagu kebangsaan, Negaraku, turut berkumandang. Ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia. #malaysia #dubai #uae #fyp

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Sumber: Istana Negara Official (Tik Tok)