“Cabaran saya untuk beritahu 3 anak mengenai ketiadaan ibu mereka…” -Shuib

“Cabaran saya untuk beritahu 3 anak mengenai ketiadaan ibu mereka…” -Shuib

Pemergian Siti Sarah Raissuddin sememangnya sangat dirasai oleh rakan artis dan juga kenalan rapat allahyarham. Paling terasa sudah tentu suaminya Shuib Sepahtu yang kehilangan sosok isteri yang sangat dicintainya.

Dalam laporan dari Berita Harian, Shuib 37 memaklumkan yang mereka sempat membuat panggilan video buat terakhir ketika arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin, 36, sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Lihat air mata isteri berjujuran

Menurut Shuib lagi, tiga anaknya, Shuib berkata, dia dan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dapat melihat air mata berjuraian di pipi arwah ibu mereka ketika membuat panggilan video.

“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa.”
“Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.” ujarnya.

 

Pergi hospital lepas anak2 tidur

Tambah pelawak itu lagi, dia sempat bergegas ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan yassin bagi mengetahui kondisi isteri, namun dia tidak dibenarkan masuk.

Saya sempat ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi.
“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu arwah. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, usahawan tersebut reda dengan pemergian isteri. Cuma, apa yang lebih memberatkan adalah bagaimana cara untuk memberitahu anak-anak yang masih kecil.

“Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibunya,” katanya.

Akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya

Shuib memaklumkan yang jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara ibu Sarah di Gombak kira-kira jam 12 tengahari nanti kerana mereka pernah berbual soal kematian suatu ketika dahulu dan hajat tersebut pernah disampaikan kepadanya.

“Jenazah arwah akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 12 tengah hari ini.
“Arwah memang minta dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya.
“Jika berbual soal kematian, arwah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya,” katanya.

Hadiahkan anak keempat

Menerusi sumber lagi, Shuib dilihat tenang dan berjanji akan menjaga empat orang cahaya mata mereka dengan sebaikknya walaupun anak bungsi mereka yang baru sahaja berusia 3 hari tidak dapat menatap wajah ibu tersayang.

Kelihatan tenang ketika ditemui, Shuib berkata, dia berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan arwah dengan baik.

“Arwah menghadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang lahir pada Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Nyata, Allah lebih menyayanginya.
“Nama Ayash Affan itu sendiri menjadi pilihan arwah kerana menurut pembacaannya, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Wilayah Gaza,” jelasnya.

 

Sumber: Berita Harian (Zaidi Mohamad), foto Instagram Jaydeesm