Busana Uqasha Senrose dipuji terlalu cantik di majlis merisik

Busana Uqasha Senrose dipuji terlalu cantik di majlis merisik

Pelakon jelita yang juga merupakan kakak kepada selebriti, Nelydia Senrose iaitu Uqasha Senrose ini tidak dinafikan bakatnya dalam bidang lakonan sehingga beberapa drama lakonannya tular.

Walau bagaimanapun selain kisah kerjayanya yang menjadi tumpuan peminat drama tempatan, kisah cinta antaranya dengan pelakon, Kamal Adli juga mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, mereka sebelum mengesahkan hubungan yang terjalin antara mereka, kedua-dua pelakon ini hanya dilihat bergandingan dalam drama sahaja.

Biarpun begitu, lebih mengundang rasa teruja peminat apabila Uqasha Senrose telah dirisik oleh keluarga kekasihnya itu baru-baru ini dan malah difahamkan mereka bakal disatukan pada tahun ini.

Nampaknya juga Uqasha Senrose turut berkongsikan perasaannya yang tidak lama lagi bakal bergelar isteri kepada Kamal Adli dan sementara itu, dia turut memuat naik satu rakaman video disaat dia dirisik tunangnya itu.

Posting yang dimuat naik Uqasha Senrose bagaimanapun dihujani dengan pelbagai pujian dimana dia dipuji terlalu cantik apatah lagi dilihat makin berseri-seri.

Rakan selebriti juga turut memuji kecantikan Uqasha Senrose ini dan ada juga yang sudah tidak sabar untuk menantikan hari istimewa pasangan pelakon itu.