Burung buat bunyi kucing bikin terhibur, “Tertukar ke ni”

Burung buat bunyi kucing bikin terhibur, “Tertukar ke ni”

Burung kakatua antara spesis haiwan yang agak unik. Ada yang berpendapat haiwan ini boleh bercakap sama seperti manusia dan agak bijak.

Namun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan seekor burung di dalam sangkar telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak dalam perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama g2ganimalgarden83 ini telah menunjukkan beberapa ekor burung di dalam sangkar yang mengeluarkan bunyi kucing.

Screenshot at Jan 07 16-05-53

Dah macam mana gaya burung buat bunyi kucing? Macam pelik pula rasanya bila haiwan spesis ini tiba-tiba boleh buat bunyi kucing bukan? Kalau korang tak percaya dengan burung buat bunyikucing ini boleh saksikan sendiri menerusi perkongsian ini:

https://vt.tiktok.com/ZSexb64qU/

Perkongsian rakaman burung istimewa ini telah meraih lebih 144 ribu tontonan dan 18 ribu likes. Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian rakaman ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan menerusi perkongsian tersebut:

“Mungkin ex dia kucing”

Burung Buat Bunyi Kucing 4

“Dah kena tukar bateri tu”

Burung Buat Bunyi Kucing 3

“Haritu dia hulur kepala mintak kuaci. Tapi kesian kuaci habis dah. Semoga dia dapat kuaci banyak2 yee keeper”

Burung Buat Bunyi Kucing 2

“Ohh bucing upenya..Tertukar identiti ke ney.. Aku ney punya laa cari mana kucing tup2 ehhh..Buyung rupanya ya..alahaiii comey ngat”

Burung Buat Bunyi Kucing 1