Bunyi paip seperti bayi menangis raih perhatian ramai, “Ni kalau malam2 seram ni”

Bunyi paip seperti bayi menangis raih perhatian ramai, “Ni kalau malam2 seram ni”

Mungkin anda pernah mengalami situasi melucukan yang datang daripada sumber yang tidak dijangka sehingga membuatkan anda berdekah melihatnya. Macam situasi yang dikongsikan lelaki ini apabila mereka terdengar bunyi bayi menangis yang datangnya dari sumber yang tidak dijangka.

Malah bunyi seperti bayi menangis itu juga turut kedengaran real sehinggakan mereka juga panik pada awalnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihat plot twist nya.

@dekmanofficialnasib tk call polis#fypシ゚viral #100k #fyp #xyzbca #moycayang #dhlametkfyp #buangbaby #100k #viral

♬ original sound – saiykotakda – saiykotakda

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan bunyi seperti bayi menangis yang didengar mereka. Malah pada awalnya, mereka menyangka bunyi itu datang daripada bayi yang mungkin ditinggalkan dan hampir saja menelefon pihak polis.

Namun selepas disiasat, rupa-rupanya bunyi itu datang daripada paip yang terdapat di tepi longkang itu. Semasa paip tersebut dibuka, kedengaran bunyi seakan-akan bayi menangis yang dihasilkan oleh paip tersebut.

bayi menangis

Melihatkan pada plot twist yang tidak dijangka itu, mereka turut sama berdekah dan kelihatan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Bukan sahaja kedengaran sama malah bunyi itu juga agak menakutkan sekiranya didengar pada waktu malam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berdekah mendengar bunyi yang dihasilkan paip tersebut. Netizen turut berseloroh tentunya bunyi itu boleh menyebabkan orang lain berasa takut dan panik sekiranya tidak tahu mengenainya.

“Kedengaran bunyi paip yang luar biasa.”

bunyi paip

“Paip nazak.”

paip

“Ni kalau malam-malam ada orang nak ambik wuduk satu kampung pindah rumah.”

komen

“Ingat anak kucing tersepit.”

tik tok