Bunga Citra Lestari nafi dakwaan Positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Bali

Bunga Citra Lestari nafi dakwaan Positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Bali

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) sebelum ini memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 dan berita tersebut telah dikongsikan melalui laman Instagram. Susulan itu, tercetus beberapa dakwaan dimana BCL positif Covid-19 setelah pulang bercuti dari Bali.

Terbaharu, BCL tampil menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar memandangkan ujian saringan pertamanya selepas pulang dari Bali adalah negatif.

 

Kronologi

BCL menjelaskan dia bersama beberapa rakannya ke Bali pada 29 Mei hingga 2 Jun lalu. Selepas pulang dari percutian tersebut, dia telah menjalankan ujian saringan dan mendapat keputusan negatif pada 12 Jun 2021.

Malangnya, terdapat beberapa penarinya yang dilaporkan sah positif Covid-19 pada 13 Jun 2021. Sejurus menerima berita demikian, BCL segera melakukan ujian saringan kali kedua kerana sebelum ini dia telah berjumpa dengan penari tersebut pada 10 Jun lalu. Dia disahkan positif Covid-19 pada 14 Jun setelah menjalani ujian saringan tersebut.

Tak pernah buat kenyataan demikian

 

BCL menegaskan dia tidak pernah membuat dakwaan atau kenyataan positif Covid-19 disebabkan percutiannya di Bali baru-baru ini. Dia juga memohon agar orang ramai tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan tanpa dikenalpasti terlebih dahulu.

Sumber: BCL

COMMENTS