“Bukan senang nak jumpa…” 2 sahabat baik ini curi tumpuan ramai
Pasti diantara kita mempunyai rakan baik namun siapa yang tahu sampai bila persahabatan itu terjalin namun apabila melihat dua pak cik ini mengundang ramai begitu terharu.
Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok menunjukkan dua orang pak cik yang sangat sweet apabila salah seorang dari mereka membantu menyediakan makanan untuk sahabatnya itu.
Sememangnya gelagatnya itu berjaya mencetuskan rasa terharu wargamaya selepas beberapa hari dikongsikan.
Perkongsian daripada pengguna atas nama Azham Mohd itu juga berkata bahawa dia melihat dua sahabat itu masuk ke kedai dipapah hanya untuk makan sekeping tosey malah dia juga merasa terharu kerana dapat melihat persahabatan mereka sehingga usia tua.
“Nilai seorang sahabat ketika susah dan senang… dari awal aku melihat masuk kedai berpapah hanya untuk sekeping tosey, aku terharu”
Biarpun begitu, ujar wargamaya juga bahawa persahabatan membabitkan antara dua pak cik tersebut membuatkan mereka percaya bahawa dahulu memang ada sahabat baik seperti itu tetapi kini sudah tidak terlalu dilihat.
Sementara itu, diruangan komen wargamaya juga bercerita tentang kisah persahabatan orang tua mereka yang turut mencuri tumpuan umum.