‘Bukan saja-saja buka’ Gadis hidap masalah kulit muka sensitif dikompaun RM1.5k

‘Bukan saja-saja buka’ Gadis hidap masalah kulit muka sensitif dikompaun RM1.5k

Seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka sensitif dan gatal telah dikenakan kompaun sebanyak RM1500 atas kesalahan meletak pelitup muka di bawah dagu semasa sedang bekerja di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur.

Muka memang gatal

Bukan saja-saja ya kak buka mask. Muka saya memang dah gatal sangat dah. Ni gambar latest sekarang. Saya ni baru habis spm kak, kerja pun baru seminggu. Dari akak cakap macam ni better akak doakan jela rezeki saya ada lebih untuk bayar saman.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Nor Suzaily, dia mengalami masalah kegatalan yang sangat teruk di bahagian muka. Oleh itu, dia bertindak meletakkan pelitup muka yang dipakai olehnya itu di bawah dagu. Namun siapa sangka, perbuatan tersebut telah menyebabkan dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM1500.

Ada orang alami alahan kulit

Ade org memang alahan pada kulit kalau pakai mask. Takziah untuk adik ni. Tabahla adik, kita dah hampir di penghujung garisan.

Tak boleh ke pakai budi bicara sikit, dengar la penjelasan adik tu sikit. Tanya, kenapa pkai mask bawah dagu.

Bertabahla adik, norma baru kan.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Suzaily agar dia tabah menghadapi ujian ini. Netizen turut mendoakan wajahnya kembali pulih dengan segera.

Sumber: Suzaily