Budak kecil tahan air mata kena marah, “Loading air mata tu…”

Budak kecil tahan air mata kena marah, “Loading air mata tu…”

Mengusik kanak-kanak yang masih kecil mungkin adalah perkara yang menyeronokkan bagi orang dewasa. Sama seperti yang dikongsikan ini apabila seorang bayi lelaki ini diusik sehingga menangis dibuatnya.

Reaksi bayi lelaki ini semasa dimarahi juga mengundang ketawa dari netizen yang menonton. Ramai yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelan bayi lelaki ini yang cuba menahan air mata apabila dimarahi.

@redzuanmro

Bila kena marah, kita buat apa gaiss.? Kita buat2 tak nampak jela.. 🤣 #LeherManaLeher #BibirKasiJebir #fyp #fypgakni 😆

♬ original sound – muhammad redzuan – muhammad redzuan

Di dalam video yang dikongsikan ini, budak kecil itu dilihat berada di sebuah restoran bersama ahli keluarganya. Bayi lelaki itu kemudiannya dimarahi oleh si ibu gara-gara kenakalannya yang cuba memasukkan tangan di dalam cawan air.

Semasa dimarahi oleh ibunya itu, bayi lelaki itu dilihat memalingkan mukanya dan cuba menahan dirinya dari menangis. Namun lama kelamaan, reaksi mukanya mula berubah apabila si ibu tidak henti-henti memarahinya.

menangis

Dia juga dilihat mencebikkan bibirnya seolah-olah merajuk dengan apa yang berlaku. Bayi lelaki itu kemudian mula menangis selepas berusaha menahan tangisannya itu.

Di ruangan komen, reaksi comel bayi lelaki ini turut membuatkan netizen terhibur. Ada juga yang memuji kecomelan budak kecil itu semasa diusik oleh ibunya itu.

“Teruk nau dia loading air mata tu.”

budak kecil

“Aloh aloh siannya dia comel.”

bayi lelaki

“Tunggu punya tunggu suara tak keluar.”

komen

“Bunyi nangis delay tu bang. Tukar pergi unifi la bang.”

tik tok