Budak bersemangat cerita kena kejar monyet “Kencang betul budak ni”

Budak bersemangat cerita kena kejar monyet “Kencang betul budak ni”

Telatah anak-anak kecil kadang cukup menghiburkan. Mereka ini masih belum banyak perkara yang perlu dirisaukan, hidup dalam suasana gembira di samping keluarga. Sama seperti seorang kanak-kanak yang rakaman telatahnya telah mencuri perhatian ini.

Dalam rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok dengan nama akaun mrslamber95 ini, kelihatan seorang budak lelaki sedang menggalas beg. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila budak ini mula bercerita mengenai monyet yang mahu mengejarnya.

Cara cerita dengan penuh bersemangat, malah diakhirnya video ini juga membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah rakaman budak bersemangat cerita kena kejar monyet yang dikongsikan itu:

@mrslamber95

Haaa terkejut beruk kau dikk 😅😅#MakeMomEpic #tiktokmalaysia #MakeItBiggerMY #fypシ

♬ bunyi asal – Acap95 – Acap95

Tak sangka betul, cara budak ini cerita memang macam dia tak takut langsung dengan monyet itu. Tapi bila dengar bunyi kucing bergaduh sahaja pun dia sudah lari lintang pukang! Perkongsian rakaman budak bersemangat cerita kena kejar monyet ini telah mencuri perhatian ramai.