Budak bercakap dengan bahasa tidak difahami raih perhatian, Comel!

Budak bercakap dengan bahasa tidak difahami raih perhatian, Comel!

Kanak-kanak yang masih kecil memiliki perangai yang kadang-kadang tidak terfikir untuk kita yang dewasa melakukannya. Mereka ini masih belum mengenal banyak benda di dunia. Jadi disebabkan itulah keadaan sekeliling menjadi sumber inspirasi anak-anak.

Malah ibubapa dan orang dewasa lain sering dinasihatkan untuk menjaga tingkah laku bila anak-anak berada bersama mereka. Kalau tidak habis semua perilaku buruk jadi ikutan. Namun begitu lain pula halnya dengan seorang kanak-kanak ini.

Screenshot at Jun 30 16-37-26

Video anak kecil ini menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan di sosial media. Manakan tidak dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang budak bersama seorang lelaki.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kanak-kanak ini bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Berikut adalah rakaman budak bercakap dengan bahasa tidak difahami yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun pakcikkimy:

@pakcikkimy

hmmm ada yang tau dia cakap apa? #fyp #anakbuah

♬ bunyi asal – hakimyhanipah98 – hakimyhanipah98

Difahamkan budak bercakap dengan bahasa tidak difahami ini adalah anak saudara lelaki yang berada di sampingnya itu. Rakaman ini telah meraih sejuta tontonan dan hampir 100 ribu likes. Rupa-rupanya ramai juga anak-anak mereka yang bercakap sebegini di awal usia.

“Hahaha layan je lah bang. Nanti dah dapat mulut, penat nak jawab nanti”

anak buah cakap bahasa German 3

“Aku sokong apa budak tu cakap sebab dulu ada orang pesan benda yang sama kat aku”

anak buah cakap bahasa German 2

“Ala sama dengan anak mengasuh. Cakap english campur alien”

anak buah cakap bahasa German 1