Budak 4 tahun maut didera rupanya dicucuh besi panas di seluruh badan & kemaluan

Budak 4 tahun maut didera rupanya dicucuh besi panas di seluruh badan & kemaluan

Polis mengesahkan terdapat kesan dicucuh besi panas di seluruh badan kanak-kanak empat tahun yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh lima rakan kakaknya dalam satu kejadian di Batu Pahat, Johor.

Dicucuh besi panas

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, terdapat kesan kecederaan baharu dan lama termasuklah kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan termasuk kemaluan mangsa.

Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera pada Jumaat lalu namun disahkan meninggal dunia semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sumber: Kosmo