Budak 3 tahun minta kek Lion King, tapi babak yang dipilih cetus lucu

Budak 3 tahun minta kek Lion King, tapi babak yang dipilih cetus lucu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah dilabel sebagai kanak-kanak paling licik di dunia setelah dia membuat permintaan yang sangat spesifik untuk kek ulang tahunnya.

Jika budak-budak biasa akan meminta kek dengan tema atau motif yang membuat mereka gembira, Leona yang berusia 3 tahun mempunyai idea yang lebih bijak.

Pengguna Twitter Casey Feigh berkongsikan di Twitter bahawa anak buahnya itu inginkan kek dengan tema Lion King. Tetapi daripada meminta imej Simba berpelukkan dengan Nala atau Simba berdiri dengan bangga bersama bapanya Mufasa, kanak-kanak itu meminta babak yang spesifik untuk kek hari jadinya, iaitu saat apabila Mufasa dibunuh di hadapan anaknya.

 

https://twitter.com/caseyfeigh/status/1398719377998970881?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1398719377998970881%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F06%2F04%2Fbudak-3-tahun-minta-kek-lion-king-tapi-babak-yang-dipilih-cetus-lucu%2F

 

Babak yang sedih dan traumatik bagi kebanyakan kanak-kanak itu menjadi pilihan Leona atas alasan semua orang akan terlalu sedih untuk makan kek itu dan dia akan dapat makan semuanya.Gambar kek Lion King pilihan Leona yang tular menunjukkan Mufasa terbaring di tanah di bawah tebing sementara Simba menjenguk ke arah bapanya yang sudah mati.

Terdapat juga tanda cakaran di tebing di mana Mufasa telah berjuang untuk menyelamatkan nyawanya, tidak jauh dari nota gembira yang ditulis dengan aising merah berbunyi: ‘Leona is 3!’

Kisah lucu itu telah mengutip lebih 750,000 likes, rata-rata terhibur dengan sikap brutal dan pemikiran licik kanak-kanak berkenaan.