Insiden meragut nyawa itu berlaku selepas kanak-kanak malang itu cuba mengecas telefon bimbitnya menggunakan pengecas ‘jugaad’.- Foto/Unsplash
HALIA, INDIA: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meletup di mukanya.
Kejadian tersebut berlaku di perkampungan Matwar, Halia, India.
Insiden meragut nyawa itu berlaku selepas kanak-kanak malang itu cuba menguji kuasa baterinya selepas ia dicas menggunakan pengecas ‘jugaad‘ (sambungan pengecas ciptaan sendiri).
Murid darjah enam yang dikenali sebagai Monu itu, dikhabarkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian lantaran mengalami kecederaan serius pada mukanya.
Monu menyambungkan bateri telefon bimbitnya dengan pengecas itu dan ditinggalkan. Sejam kemudian, dia cuba memeriksan kuasa bateri itu dengan menyentuhnya, namun bateri itu tiba-tiba meletup lalu merobek wajahnya.
Menurut laporan media tempatan, selepas mendengar letupan tersebut, ahli keluarga menemui Monu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Dia segera digegaskan ke pusat kesihatan di Matwar, dan di situ dia telah disahkan meninggal dunia.
Keluarga Monu difahamkan telahpun melakukan upacara pembakaran mayat tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada polis.