Buat surprise birthday, Alam Wakaka terima hadiah paling berharga, tahniah!

Buat surprise birthday, Alam Wakaka terima hadiah paling berharga, tahniah!

Penari profesional, Alam Wakaka khabarnya akan menimang cahaya mata sulung, tidak lama sahaja lagi.

Berita gembira itu dikongsikan Alam dan isteri menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram pada hari Selasa yang lalu.

Malah, khabar gembira itu telah dimaklumkan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman pada hari jadi Alam yang ke-35 sekaligus menganggap ia sebagai hadiah hari jadi yang paling bermakna buat penari itu.

 

Allahuakbar, Laillahaillah. Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi pada kami. Happy birthday suamiku, hadiah yang paling berharga untuk sayang yang ke 35 tahun. Semoga sayang, i dan anak dalam kandungan sihat selalu.

Perkongsian tersebut ternyata telah mengundang ucapan tahniah daripada peminat serta pengikut pasangan ini di media sosial.

Rata-rata tampil mendoakan agar ibu dan anak sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan kelahiran kelak.

Terdahulu, Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga bersama Alisya pada 7 Mac yang lalu.

Tahniah diucapkan buat Alam dan isteri!