Buat provokasi tengking penguat kuasa, 18 pekebun durian haram ditahan polis

Buat provokasi tengking penguat kuasa, 18 pekebun durian haram ditahan polis

Polis menahan 18 individu yang dipercayai pekebun durian kerana menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub, semalam.

Menurut laporan BH Online, kesemua mereka bertindak kasar dengan melakukan provokasi ketika penguat kuasa Jabatan Perhutanan Pahang menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkata selain provokasi, mereka juga didapati memasuki kawasan itu tanpa izin.

“Sepanjang operasi, kakitangan jabatan mengalami kesulitan kerana tindakan pekebun terbabit yang melakukan provokasi. Mereka itu cuba menghalang kenderaan jabatan memasuki dan meninggalkan lokasi operasi.
“Jabatan Perhutanan kemudiannya membuat laporan polis dan memberikan rakaman video untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video di laman Facebook memaparkan sekumpulan pekebun haram itu memarahi dan menengking penguat kuasa yang mahu menjalankan tugas.

Ceroboh tapi bertindak kasar!

Memetik laporan Sinar Harian pula, kesemua mereka sudah direman dua hari sehingga Selasa selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Raub pagi tadi.

 

Difahamkan, operasi di kawasan seluas 101 hektar itu adalah bagi memusnahkan pokok durian yang ditanam secara haram selain merampas kenderaan serta barang dalam kawasan hutan simpan berkenaan.

Sumber: BH Online (T Alagesh) , Facebook Azam Abd Rahman , Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)