Buat “Prank” menyamar jadi ‘Malaikat Maut’, remaja maut dilanggar trak ketika buat “content” TikTok

Buat “Prank” menyamar jadi ‘Malaikat Maut’, remaja maut dilanggar trak ketika buat “content” TikTok

Keterujaan sekumpulan remaja yang menyamar sebagai ‘malaikat maut’ untuk membuat prank pada orang ramai berakhir dengan tragedi apabila salah seorang dari mereka dilaporkan maut setelah dilanggar oleh sebuah trak.

Kejadian tersebut berlaku di Bekasi, Jawa Barat pada minggu lalu, lapor Tribun News.

Remaja-remaja tersebut juga dikatakan membuat prank itu untuk kandungan TikTok mereka dengan tema ‘malaikat maut’.

Difahamkan, semua remaja terbabit telah menghalang laluan di lebuhraya RE Martadinata, Bekasi, tetapi nasib mereka tidak baik apabila brek sebuah trak tidak berfungsi secara tiba-tiba dan tiga dari mereka yang berdiri di situ telah dilanggar.

Seorang dari mereka yang berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Manakala, dua lagi  yang lain cedera parah dan masih dirawat di Hospital Cikarang.

 

Gambar Via Tribun News

Sementara itu, Polis Bekasi mengesahkan kejadian tersebut dan mengatakan bahawa remaja terbabit meninggal dunia kerana sedang membuat kandungan untuk TikTok.

“Dia disyaki sedang membuat kandungan dengan menghalang laluan sebuah trak di lebuh raya,” kata pegawai polis, Argo Yuwono.

Ketua Polis Bekasi, Hendra Gunawan pula mengatakan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pencipta kandungan yang mempunyai niat jahat. Mereka juga boleh didakwa kerana membuat kandungan berbahaya seperti memberhentikan trak yang sedang bergerak.

 

“Ini adalah kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah kerana tindakan tersebut membahayakan nyawa mereka dan orang lain,” katanya.

Pihaknya juga akan meningkatkan pengawasan terhadap aktiviti remaja di jalanan.

Sumber: Tribun News