Buat persembahan nyanyian tiba-tiba di simbah air, “suara akak ni merdu sangat….”

Buat persembahan nyanyian tiba-tiba di simbah air, “suara akak ni merdu sangat….”

Selalunya di mana-mana acara, pasti akan diadakan persembahan nyanyian untuk menghiburkan tetamu yang hadir ke acara tersebut. Namun lain pula yang berlaku pada kumpulan ini semasa sedang sibuk melakukan persembahan menyanyi yang diketuai wanita ini.

Semuanya gara-gara kejadian wanita itu disiram oleh air yang meluncur laju dari bumbung khemah tempatnya menyanyi itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dua juta tontonan setakat ini di mana netizen turut sama terkejut melihatnya.

@zirahnf444

Gimana tuh bund, gue basah kuyup begitu wkwk 😆😫 #fyp #foryourpage #imaddictedto

♬ original sound – 🍑 – 🍑

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan wanita itu sedang melakukan persembahan nyanyian bersama kumpulan muzik itu. Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar malah wanita itu juga begitu fokus menyanyi untuk tetamu yang hadir.

Tidak lama kemudian, muncul air yang meluncur laju dari bumbung khemah terkena pada wanita itu. Lebih malang lagi, air yang mengalir laju itu terkena tepat pada wanita itu yang sedang rancak menyanyi ini.

air

Kejadian itu turut membuatkan yang lain terkejut melihatnya di mana salah seorang dari kumpulan itu kemudian menarik wanita itu ke tepi pada akhirnya. Dalam masa yang sama, wanita itu turut dilihat habis basah lencun dibuatnya gara-gara kejadian yang tidak dijangka itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terkejut melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga nyanyian wanita itu terlalu merdu sehingga membuatkan alam turut menangis mendengarnya.