Buat challenge kelakar dengan mak ayah sampai pecah perut dibuatnya, “Berair mata gelak…”

Buat challenge kelakar dengan mak ayah sampai pecah perut dibuatnya, “Berair mata gelak…”

Bagi pengguna Tik Tok, mesti anda tahu ada macam-macam jenis challenge yang selalu menjadi ikutan. Sama seperti yang dikongsikan pemuda ini yang melakukan challenge bersama-sama ibu bapanya.

Video tersebut juga turut menghiburkan netizen yang menonton aksi lucu keluarga ini. Bukan itu saja, video itu juga tular dikongsikan dan menerima lebih satu juta tontonan setakat ini.

@fitrinadzam

Haa kali ni aku ajak Mak Abah aku buat challenge. #fyp #fypシ゚ #esekeli #foryoupage #shouldbeme #badromancechallenge

♬ original sound – Fitri Nadzam – Fitri Nadzam

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut dilihat melakukan satu challenge bersama ibu bapanya. Di dalam challenge ini, mereka perlu menyanyi lagu popular ini sambil menahan ketawa mereka.

Namun apa yang mencuit hati, ketiga-tiga mereka mengalami kesukaran untuk menahan diri mereka daripada ketawa. Gelagat mereka yang berusaha menahan ketawa ini juga turut membuatkan netizen tidak kering gusi dibuatnya.

ketawa

Pada akhir video, ketiga-tiga mereka akhirnya gagal melakukan challenge tersebut apabila kesemua mereka tidak lagi dapat menahan ketawa mereka. Bukan mereka saja, malah video tersebut turut menghiburkan netizen yang menonton.

Di ruangan komen, video itu turut mengundang ketawa dalam kalangan netizen. Ada juga yang memuji kecomelan keluarga ini yang sporting melakukan video ini bersama-sama.

“Weh berair mata aku gelak.”

pemuda buat

“Aku gelak nak mampos dah ni.”

challenge

“Ayah dia paling win weh…”

komen

“Menyesal aku tengok sambil minum air.”

tik tok