Buat burger dengan style luar biasa raih perhatian netizen
Malaysia memang terkenal dengan makanan. Boleh dikatakan tidak kira masa bermacam jenis makanan boleh didapati. Salah satu menu popular adalah burger yang banyak dijual di gerai tepi jalan mahu pun di kafe-kafe.
Bagaimanapun satu gerai burger ini telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini. Menerusi satu perkongsian rakaman oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun yasir_arafah ini kelihatan seorang lelaki sedang membungkus burger dengan caranya tersendiri.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah cara dia membungkus burger tersebut dengan jari lentiknya. Berikut adalah perkongsian rakaman cara luarbiasa lelaki ini buat burger yang dimuat naik itu:
@yasir_arafah Wkwkwkwkw
Amboi bang, bukan main lentik lagi jarinya! Apa-apa pun perkongsian video cara luarbiasa lelaki ini buat burger telah meraih lebih 5 juta tontonan. Malah menerusi akaun TikTok yang sama, dikongsikan beberapa video lain yang memaparkan telatah lelaki ini yang cukup menghiburkan. Berikut antaranya:
@yasir_arafah Abang Burger terkuat di bumi ini #celebesaesthic #burgerviral
@yasir_arafah Buruan 😭😭😭
Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:
“Kawan sebelah dah naik jemu tengok ragam dia..Hahaha..Terbaik bro. Semoga berjaya”
“Enjoyyy ja. Pelanggan pon mesti tak kering gusi nohh”
“Pencarian rezeki tanpa rasa beban. Bila niat kita betul, apa saja pekerjaan kita buat kita akan rasa heppi. Tak ada tekanan moga murah rezeki abang”