“Buat apa nak saman Jawi? mengaku sajalah” Puteri Sarah desak Syamsul Yusof

“Buat apa nak saman Jawi? mengaku sajalah” Puteri Sarah desak Syamsul Yusof

Nampak gayanya, kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana, 37, dan Syamsul Yusof, 38, masih belum menemui titik noktah penyelesaian.

Mana tidaknya, aktres itu mendesak suaminya untuk mengaku perkara sebenar selepas mengeluarkan kenyataan mahu memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana menabur fitnah.

 

 

Saman buat apa? Mengaku sajalah..

Menerusi hantaran dibuat di laman Insta Story miliknya, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan saman suaminya terhadap pihak Jawi.

Sebaliknya, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menuntut agar Syamsul mengaku gosip dirinya yang sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.

“Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk terhadap keluarga anda sendiri,”tulisnya.

 

Terdahulu, Syamsul memberitahu dia mahu memfailkan saman terhadap Jawi yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Malah, dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm@puterisarahliyana