Bomba berjaya selamatkan wanita dari terjun jambatan

Bomba berjaya selamatkan wanita dari terjun jambatan

 

 

 

 

 

 

Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami kemurungan terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, wanita berusia 19 tahun itu berjaya diselamatkan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja.

Beliau berkata, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.36 petang.

“Anggota BBP Jalan Raja yang tiba di lokasi mendapati wanita itu dilihat sedang berdiri di atas jambatan (bersebelahan tiang) dan dipercayai untuk terjun.

“Bagaimanapun, tindakan anggota kami menggunakan kaedah memujuk berjaya menyelamatkan mangsa dari bertindak di luar kawalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

COMMENTS