“Boleh pula terlelap masa bergambar” si comel senyum lepas kantoi terlelap bikin terhibur

“Boleh pula terlelap masa bergambar” si comel senyum lepas kantoi terlelap bikin terhibur

Sebut sahaja tentang kucing, siapa yang tidak kenal dengan sifatnya yang manja terutama terhadap pemilik dan yang lebih membuatkan haiwan ini sangat disenangi ramai juga kerana kecomelannya mencuit hati.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini juga menunjukkan kecomelan si kecik yang diberi nama Si Kopi.

Pastinya ramai sudah biasa melihat telatah nakal, merajuk si comel ini namun sungguh rare pula perkongsian atas nama Nurshaliza ini kerana apa yang dikongsikan sangat menarik perhatian wargamaya dengan keistimewaan kucing miliknya itu.

Kecik

Malah ujarnya juga bahawa dia juga merasakan si kecik ini sangat comel kerana boleh pula terlelap ketika bersama sedang mengambil gambar.

Tulisnya dalam video bahawa pada bahagian akhir rakaman yang dikongsikan itu apabila si comel miliknya itu senyum sendiri selepas terkantoi terlelap ketika bergambar. Alahai sangat comel!

“Part last si kopi senyum sendiri bila tahu dia terlelap masa bergambar”

@nurshaliza2021

comelnyerlah dak kopi ni…boleh plak terlelap masa bergambar ye

♬ Cute (Stop Lah Being so Cute) – MFMF. & LOCA B & Harith Zazman

Sementara itu, diruangan komen pemilik kucing comel itu mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang bukan sahaja tercuit hati melihat gelagatnya tersenyum malah cukup merasakan kecomelan haiwan terbabit yang begitu jelas kelihatan dalam video tersebut.