“Bokso mickey mouse” wanita dakwa jumpa ekor tikus dalam bebola bakso yang dimakannya buat ramai kembang tekak

Bakso atau bebola daging merupakan makanan ringan kegemaran di Indonesia yang banyak dijual sama ada di restoran atau gerai-gerai di tepi jalan.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di TikTok yang mendakwa bahawa hidangan bakso yang dijamah pengguna TikTok itu diperbuat daripada daging tikus.
Memetik laporan Suara.com, wanita itu telah memuat naik video tersebut dan menunjukkan daging yang dimakan olehnya.
Bebola daging itu tinggal sedikit sahaja lagi dan yang selebihnya sudah dimakan. Bagaimanapun, pengguna TikTok itu terus berhenti makan kerana menemui sesuatu yang ‘aneh’.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat daging yang panjang dan bertekstur halus seperti ekor tikus.
“Beli bakso itu di Karawang. Jadi trauma nak makan bakso. Dah lah malam itu lapar sangat, makan sekali dengan nasi. Terpaksa dimuntahkan semula makanannya sampai perut kosong balik,” tulis pengguna TikTok itu.
Difahamkan, dia mahu membawa lebihan bakso tersebut ke makmal untuk melakukan pemeriksaan tetapi tidak berlaku.
Perkongsian video itu mengundang kekecohan dalam kalangan netizen di negara tersebut khususnya bagi penggemar bakso.
“Itu nama dia bakso mickey mouse,” kata seorang netizen.
“Jadi tak selera nak makan bakso,” kata seorang lagi netizen.