Bob Lokman meninggal dunia

Bob Lokman meninggal dunia

Penulis lirik terkemuka tanah yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

 Sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Perkara tersebut disahkan menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi kumpulan Nasyid terkenal Malaysia Inteam sebentar tadi.

“Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

“Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abg Bob Lokman,” tulis perkongsian itu.

Penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan rock terkemuka, Search, itu menghembuskan nafar terakhir di usia 58 tahun.