BN pertahan hadkan hanya 80 ahli parlimen dalam sidang dewan rakyat

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa mempertahankan keputusan kerajaan mengehadkan hanya 80 daripada 222 ahli parlimen menyertai sidang Dewan Rakyat dalam satu masa, semalam.

Menerusi ciapan di Twitter, Annuar menjelaskan bahawa ahli parlimen yang lain masih boleh menyertai persidangan secara bergiilir-gilir dan dibenarkan berada di bangunan Parlimen.

“Demokrasi mana yang terjejas? Bergilir-gilir masuk dewan supaya tidak crowded (sesak).

“Nak bercakap, nak undi, boleh masuk. Waktu di luar (dewan),boleh ikuti sidang melalui close circuit (CCTV).

“Rasa nak masuk boleh masuk asal sentiasa ada di bangunan parlimen,” katanya sebagai respons kepada laporan portal yang memetik seorang peguam sebagai berkata bahawa had tersebut merupakan ancaman kepada demokrasi.

“Mereka tak faham. 80 (ahli parlimen) dalam Dewan Rakyat tu bermaksud dalam chamber.

“Yang lain dok bilek (duduk di bilik) lain tapi boleh ikuti sidang. Gilirlah masuk chamber… nak bahas dan nak undi boleh masuk,” ciapnya lagi.

Langkah itu didakwa dibuat sebagai mencegah penularan wabak Covid-19. Ia berkuat kuasa bermula hari ini iaitu hari Belanjwan 2021 dibentangkan.

Pecahan 80 ahli Parlimen itu merangkumi 41 orang dari kerajaan dan 39 orang dari pembangkang dan bebas.

Bagaimanapun, menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ia tidak akan dikuatkuasakan apabila ada undi belah bahagi (bloc voting) dibuat.

Sumber:Malaysiakini