BN memilih kekal sebagai pembangkang, tak pilih PH mahupun PN

BN memilih kekal sebagai pembangkang, tak pilih PH mahupun PN

 

Kemelut politk pasca PRU15 masih menjadi tanda tanya, walaupun Yang Dipertuan-Agong (YDPA) perkenan pemilihan serta pembentukan kerajaan baru haruslah ditetapkan tepat jam 2 petang hari ini.

Terbaru, Naib Presiden UMNO Ismail Sabri menyatakan parti Barisan Nasional tidak menyokong mana-mana parti baik Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) dan akan kekal sebagai pembangkang.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.” tulisnya ringkas.

Pun begitu, Presiden Warisan Shafie Apdal menerusi sebuah kenyataan di media sosial telah menyatakan sokongan terhadap pembentukan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

Fijva2Bamaals2K
Sumber: Twitter

Shafie Apdal berkata parti itu memberi sokongan kepada kedua-dua gabungan itu kerana majoriti rakyat Malaysia telah mengundi mereka.