Biawak Komodo buat kecoh di 7-Eleven, “Marketing untuk Godzilla VS Kong…”

Kadang kala apabila membeli barang di pasar raya atau kedai serbaneka dan pelanggan ingin mengambil barang di rak yang tinggi, kita akan meminta pertolongan pekerja agar tidak menjatuhkan barang lain secara tidak sengaja.

Tetapi pasti ada segelintir di antara kita yang pernah menyaksikan pelanggan lain terjatuhkan produk yang disusun di pasar raya kerana tidak ingin meminta pertolongan, sehingga menyebabkan kacau bilau.

Itulah juga yang berlaku di Thailand baru-baru ini apabila sebuah kedai 7-Eleven dikunjungi pelanggan yang telah menimbulkan kekacauan.

Video yang telah meraih jutaan tontonan di Twitter baru-baru ini menunjukkan seekor biawak Komodo memanjat rak ubat-ubatan untuk melarikan diri.

Sementara itu kedengaran suara orang ramai menjerit dan ketawa kerana terkejut dan panik melihat adegan mencemaskan itu.

Setelah berjaya naik ke rak tingkat atas, haiwan reptilia berkenaan dilihat cuba untuk berjalan ke atas mesin aiskrim pula sebelum video tersebut tamat.

Rata-rata netizen menyamakan gelagat biawak komodo itu dengan pelanggan yang ingin mengambil barang di rak yang tinggi tetapi tidak ingin meminta tolong pekerja kedai.