“Biarlah kalau ada pihak nak pilih vaksin..” – Nora Danish pelik isu disuntik Sinovac jadi perhatian

“Biarlah kalau ada pihak nak pilih vaksin..” – Nora Danish pelik isu disuntik Sinovac jadi perhatian

Baru-baru ini kecoh apabila selebriti Ifa Raziah yang dikritik ramai kerana dikatakan tidak mahu vaksin lain selain daripada Pfizer.

Tak semena-mena berita berkenaan turut berkait dengan Nora Danish apabila netizen memujinya menerima vaksin Sinovac tanpa sebarang persoalan.

Awalnya keliru dengan perhatian yang diterima, Nora akhirnya faham perkara tersebut berkait dengan isu Ifa Rziah yang dikatakan memilih vaksin.

 

“Bagi saya, saya pasti Kak Ifa ada alasan tersendiri kenapa dia memilih vaksin sebab setahu saya Kak Ifa adalah orang yang sangat sempoi.”

nora danish

Dalam pada itu, pelakon wanita itu turut memuat naik entri di IG Story dan mengatakan bahawa masyarakat tidak boleh menjatuhkan hukuman melulu terhadap seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Apa yang penting, kita janganlah terlalu menghukum. Kalau kita rasa perkara itu tak betul, kita jangan buat. Kita jangan ikut, habis cerita, betul tak?”

Nora juga mengajak semua pengikutnya untuk mengambil suntikan vaksin supaya masyarakat dapat mencapai imuniti kelompok dan berdoa supaya kes jangkitan harian menurun.

“Apa yang penting, sekarang ini tanggungjawab kita adalah, kita uar-uarkan lagi kepada semua, ambil vaksin cepat dan kita doa banyak-banyak semoga kes kita ini makin turun. Itu yang lebih penting, daripada kita bergaduh sesama sendiri.”

 

SUMBER : Harian Metro