“Biar betul dah sampai sini taktik scam ni?” rakaman lelaki pura-pura pengsan depan kereta cetus kerisauan netizen

“Biar betul dah sampai sini taktik scam ni?” rakaman lelaki pura-pura pengsan depan kereta cetus kerisauan netizen

Zaman sekarang ni tak dapat dinafikan yang dah banyak taktik ‘scam’ digunakan untuk memperdayakan mangsa. ‘Scam’ terkenal contohnya Macau Scam, Skim Cepat Kaya, ‘Love Scam’ dan Scam Pelaburan boleh buat seseorang tu terlibat dengan hutang dan rugi dalam sekelip mata sahaja.

Sekarang ni cuba bayangkan satu hari bila korang tengah drive kereta dan secara tiba-tiba seorang lelaki tak dikenali datang dan pura-pura pengsan depan korang? Mesti panik dan tak tahu apa nak buat kan?

Begitulah perkongsian seorang TikTokers ini @ikkk247 yang memuatnaik sebuah video menunjukkan seorang lelaki tak dikenali pura-pura pengsan depan sebuah kereta.

 

@ikkk247

Currently happens… ah ghisauu #fyp #fypシ #foryourpage #foryoupage

♬ suara asli – sint🍜 – mochitobeli🍓

Jika diperhatikan dengan lebih teliti video ni, dapat dilihat yang lelaki tak dikenali ni bangun semula daripada pura-pura pengsan dan terus marah owner kereta merah tersebut. Apa yang lagi mengejutkan bila lelaki ni tarik dan hempas ‘wiper’ kereta tu dengan sangat kasar dan ganas. Min tengok pun terus jadi cuak!

Bukan setakat itu sahaja, netizen sempat rakam yang lelaki ni cuba untuk halang laluan kereta merah tu dari bergerak ke laluan jalan yang lain.

Perbuatan tak bermoral lelaki ni dah menyebabkan diri dia dalam keadaan bahaya dan juga menyusahkan pemandu lain. Mana taknya, ‘drama’ lelaki ni buat tengah-tengah jalan dah menyebabkan kesesakan jalan dan kereta belakang langsung tak boleh bergerak.

Menjengah ke ruangan komen video ini, kebanyakan netizen ingat yang taktik ini hanya ada kat luar negara je, rupanya dah sampai ke Malaysia. Risau min dibuatnya!

Dashcam Final

Sumber: TikTok

Netizen juga cadangkan agar setiap kereta memasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga just in case kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.

Jadi korang, sentiasa sediakan payung sebelum hujan dan alert dengan keadaan sekeliling korang okayy?